Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SASIDECAR.BLOGSPOT.COM

Kami memerlukan ulasan dan pandangan dari ANDA. Terima kasih.

Jumaat, 27 Julai 2012

2 MODEL PERNIAGAAN BARU MENGGUNAKAN SA SIDE CAR BOX GT128

AKAN TIBA SEPTEMBER 2012

Prototaip terbaru SA Side Car Box GT128 akan tiba September 2012.  Ia dibina dengan rekabentuk terkini dan praktikal.  

Ia dilengkapi dengan ruangan untuk :

(i)   memasak menggunakan gas atau arang 
      (bergantung kepada jenis perniagaan).
(ii)  meletakkan generator bersaiz sederhana.
(iii) sinki membasuh tangan.
(iv) lebih ruangan simpanan barang dan lain-lain.




Selasa, 10 Julai 2012

SA Side Car Bucket CT100

Prototaip SA Side Car Bucket CT100

Menggunakan motorsikal Modenas CT100 untuk kegunaan asas seperti mengangkat barang dan hasil pertanian.

Katalog Modenas CT100

SA Side Car Bucket CT100

Model SA Side Car Bucket CT100 adalah model ketiga dihasilkan bagi memenuhi kehendak pasaran semasa.  Binaan SA Side Car Bucket CT100 masih lagi mengekalkan penggunaan fibre glass berstruktur 2 lapisan (luar dan dalam) yang kukuh dan tahan lasak. 

Walaupun SA Side Car Bucket CT100 dibina ringkas, ciri-ciri keselamatan dan aksesori asas masih dikekalkan untuk menjamin keselamatan penunggang.

Antara aksesori asas adalah :
(i)    lampu signal bahagian belakang Side Car
(ii)   Sticker keselamatan pantul cahaya
(iii)   2 unit Reflector berbentuk bulat


Pihak kami akan menguruskan segala aspek dari pembinaan Side Car hinggalah ke pemeriksaan pihak yang berwajib dan pembelian insurans untuk bakal pembeli.  Harga 
yang ditawarkan adalah harga di atas jalan dan ianya harga mampu milik.


Untuk keterangan lanjut ;
Sila sms atau hubungi saya Azwan di talian +6019-253 9526.
atau email : azwan.szasb@gmail.com

VIDEO KEKUATAN SIDE CAR BUCKET MENGGUNAKAN MODENAS GT128




Isnin, 9 Julai 2012

SA Sidecar Box GT128 'Mobile Ice Blended'

SA Side Car Box GT128 'Mobile Ice Blended'

Aksesori yang sesuai untuk menjalankan perniagaan Ice Blended'

Pandangan keseluruhan SA Side Car setelah penutupnya dibuka

Akesesori lain yang disediakan

Model kedua SA Side Car Box GT128 'Mobile Ice Blended'

Model ini menjadi contoh kepada kepelbagaian perniagaan yang boleh dijalankan menggunakan SA Side Car Box GT128 keluaran syarikat kami.

Kami mampu untuk membina dan merekabentuk pelbagai jenis lagi model untuk pelbagai jenis perniagaan.

Model ini telah pun berada di pasaran.  Kami akan kembali dengan gambar peniaga yang telah menggunakan kenderaan ini.

Ahad, 8 Julai 2012

SA Sidecar Box GT128 'Mobile Food Kiosk'

SA Side Car Box GT128 'Mobile Food Kiosk'
Mudah & Praktikal bersama Aksesori
Ciri-Ciri Keselamatan & Payung Untuk Berniaga
SA Side Car Box GT128 'Mobile Food Kiosk' dibina menggunakan fibre glass berstruktur yang teguh dan tahan karat.  Anda boleh berniaga nasi lemak, nasi campur atau lain-lain perniagaan yang sesuai dengan aksesori yang disediakan.  Aksesori yang disediakan ialah :
(i)    1 unit tong nasi
(ii)   6 unit bekas lauk stanless steel
(iii)  1 stor untuk menyimpan barang-barang seperti pembungkus nasi, plastik dan lain-lain.

Ianya amat mudah dikendalikan, hanya perlu berhenti di lokasi yang dikehendaki.  Kemudian hanya perlu membuka
(i)    payung 
(ii)   penutup Side Car

Anda boleh mula berniaga dengan senyuman lebar tanpa perlu penat menyusun barang-barang dan dengan mudah dapat memastikan tempat anda berniaga sentiasa bersih dan kemas.  

Tempat menyimpan barang-barang disediakan di bahagian belakang Side Car.  Anda hanya perlu membuka pintu untuk mengambilnya.  

Jikalau berminat ingin melihat sendiri  
SA Side Car Box GT128 'Mobile Food Kiosk' ini, 
silalah hubungi saya untuk menetapkan temujanji, 
Azwan di talian 019-253 9526